“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan riuh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..”kedengaran suara ustaz.

Salam Lebaran kepada semua..

ni aku nk cite kisah raya aku..

skrg ni pkul 1130pg..1Syawal 1430H..20hb September 209..


Persedian Sebelum Raya..

-sehari sebelum raya..
mcm biasa..dari pg ke tgh hari..aku tlg kemas rumah, beli lauk utk raye esk hari..
dari tgh hari - ptg lak aku tlg mak, fmly aku bt keje dapur..
kdg2 hidupkan api, tlg rebus ketupat slma 4 jam..dodol xbt lak thn ni..
lps tu tlg bikin sambal..da name pn asal jati melaka...
jadi sambal mmg xblh lps...da tu bt 2 jenis sambal lak..kdg2 3 jenis sambal..
jd lauk untuk hari raya ni ialah..
1. ketupat
2. rendang ayam.
3. sambal daging pati santan.
4. sambal ikan bilis/sambal perut lembu/sambal kacang
5. urap (pggil cam ni..eja die xpasti..hee) sejenis mknan dari kelapa parut.

kuih raye lak..thn ni mak bt kuih koya...bkn koya kt klate k?
kuih ni ade org tahu? berasal dari gula halus yg dicampur dgn kisaran kacang hijau..
jd serbuk kacang hijau 2 gaul dgn gula halus skali dgn titisan ar..
lps 2 jemur tgh panas terik..jd kuih tu nnt akn kering..bile makan..kuih tu kire hancur berserbuk.
rupa mcm kuih bangkit..

bahulu pn thn ni mak xbt..mak da penat kot..dlu tiap thn bt..letih da kot.

ok..ni masuk mlm raye lak..

mlm raye mcm bese...aku g takbir lps isyak kt surau..tiap2 thn g..
rumah aku last skali g takbir..kire hbs tkbir tu nnt dlm kul 1-2 pg..
balik dgn keletihan, kekenyangan,aku pn tido..hehe..


Di Hari Raya
pg2 aku bgn solat subuh..lps tu g mandi,gosok baju..
agk sume da siap are 740..salam sume..mak,baba,abg,akak, sume la..

lps tu naik kete...g rmh nnek kt kg sblah..
g pn kejap je..smpai kul 815..g surau lak bt solan sunat raye..
lps 2 dlm balik g rmh nenek sedara a.k.a nek cik..

dlm kul 10 balik lak kt rumah..
ni la rutin hari raye pertama aku..agk bosan..

tiap2 thn..lps zohor nnt dtg rombongan keluarga maklong dgn ank2 die pulak..
ha...ni aku suke..sbb?
1. maklong rapat dgn fmly aku..jf xde mslah slh phm.
2. ank maklong aku rapat, blh masuk.
3. ank maklong ramai lai..sng nk borak.
4. pakyob..sepupu aku..umor dlm 30 lbh..aku rapat btl dgn die..lg masuk..

lps zohor nnt rombongan ni smpai..
ramai..dlm 6buah kete..atau lbh.


sbb raye aku x best?

1. mak ngah dgn mak teh yg kaki ngumpat, cemburu buta, xtimbang rase..
2. ank2 die pn lbh kurang..cume 1-3 org yg bgs..xmcm die..
3. ank2 die pn ramai da besar, ppuan lak tu..xrapat..xsame besar,
4. fmly aku xmembesar kt rmh nnek kalo nk bandingkan dgn diorg tu..jd xrapat..

Alhamdulillah..harap fmly aku jadikan panduan pasal mslah dgn fmly mak teh, makngah..
cume thn ni sedih xdpt raye dgn shahir..abg aku kt mesir...smoga die berjaya kt sane..

Terima kasih byk kpd KO sem 3 ni..

1.Muhammad Sukardi Misraeh a.k.a mood..
2.Muhammad Azri Amir a.k.a azri
3.Saiful Khusaini a.k.a sani
4. semua...hehhe

mood..tahniah dpt jalankan tugas dgn baik..berjaya bt majlis buka pose ni..
azri lak..terima kasih byk bantu mood dlm urusan2 majlis ni. dengan bantuan yg cekap dpt bt jgk majlis ni..
sani pulak..terima kasih ats bantuan kereta k..
hehe...byk jasa kete kancil ko tu..

Alamdulillah..dpt jugak tutor kitorg hadir..

En Mohd Ali Bin Jemali..

plan lps ni mgkin nk bt BBQ sempena raye ni kt rumah ke2 en ali dkt kg melayu majidee..

ni aku sertakan gmbar2 buka td..

Selamat Hari Raya aku ucapkan kt semua Islam..

kepada yang aku kenal..

Ibubapa aku..
abang pian.
kakak
shukri
shahir (kalini xdpt raye same..InsyaAllah thn dpn balik raya dari mesir)
adik,
abg uda (ipar)
aniq (anak buah aku)
suraya

kwn2 lame..

ex-sks
capit,
farina,
faraa
zaqwan
amin

ex meltec (da best ever!) 5pkm1..
amey
ayie
pamie
c-keers
ainul
paye
shud
gaya
hizri
bambang

-mcm tiap2 tahun k...ex mettlec akn jmpa saame2 bile raye..walaupn gaya jauh kt muar..ttp dtg jmp.kali ni kite naik muar lak..
plan aku kite g rmh ckg maimon,ckg jaharah, ckg aziah..
then gerak g rmh sape2 yg thn lps x g lg..g rmh pamie, naik ke muar terus..rumah batista, gaya, elfarina..hehe.)

ade plan lg g rmh bdk awam..lg bgs!

SALAM LEBARAN SEMUA!

Followers

Copyright 2010 Buai Laju-Laju...
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger