Cinta adalah perasaan yang sukar ditafsirkan. Hanya yang betul – betul ikhlas dapat rasakan perasaan ini. Aku turut tergolong dalam manusia yang dapat merasa perasaan cinta. Cinta yang aku tak dapat dan tak akan lupakan adalah cinta ku kepada suami ku, Midus. Dia adalah manusia yang banyak berkorban untuk ku walau dia tak mampu lakukannya. Hari ini genap 5 tahun Midus meninggalkan ku bersama puteri sulong kami, Nur Fitza Naimah.

“awak rasa saya layak tak jadi teman lelaki awak?”
“apa yang awak merepek ni? Kita kan kawan. Lagipun saya tak layak untuk awak.”

Itulah ayat yang tak akan aku lupakan. Pada mulanya aku menolak. Tapi memikirkan aku kesepian setelah ditinggalkan selama 4 tahun. Aku terima ‘lamaran’ Midus. Kami disenangi oleh rakan – rakan serta keluarga kami. Pada mulanya rakan – rakan terkejut dengan khabar angin yang mengatakan kami ber-couple, akhirnya mereka mula percaya. Kami dikatakan pasangan bahagia kerana ke mana saja Midus pergi, aku bersamanya. Memang jarang kami berpisah. Kalau berpisah pun, kami ada kelas. Memang hari ku bertambah cerah dengan kehadiran Midus.
Melihat gambar – gambar ketika kami sedang hangat bercinta, mengingatkan aku kembali ketika dia sanggup datang dari Selangor untuk melihat aku yang sedang sakit. Aku betul – betul terharu ketika itu. Aku hanya demam dan batuk. Dia sanggup meredah hujan semata – mata untuk menziarah aku. Keluarga ku turut terkejut dengan perangainya yang agak membuang masa. Tapi aku betul – betul hargai masa yang dia luangkan untuk aku.

“awak tak payah lah susahkan diri awak untuk saya. Saya demam sikit je.”
“laki mana yang tak risau kalau pasangan dia sakit. Walau awak jauh mana pun, kalau awak sakit saya tetap ada di sisi awak. Awak patut risau dengan kesihatan awak. Awak kena ikut cakap doktor.”
“tapi saya tak nak susahkan awak. Awak duduk jauh. Takkan saya sakit sikit pun awak nak datang ziarah saya. Perjalanan jauh. Kalau apa –apa jadi, siapa yang susah?”
“ye. Saya tahu. Tapi saya sayangkan awak. Saya tak sanggup tengok awak sakit.”

Pada 17 September 2009, kami sah suami isteri. Tiada yang dapat pisahkan kami. Hanya maut yang mampu pisahkan kami. Hampir setahun kami hidup sebagai suami isteri. Pelbagai onak dan duri kami tempuhi. Bisnes Midus mengalami masalah. Aku pula sedang sarat mengandung 8 bulan. Pelbagai dugaan aku terpaksa tempuhi. Midus terpaksa ke luar negara untuk menguruskan bisnesnya yang terdapat di Jepun. Ibu Midus yang menemani aku sepanjang ketiadaan Midus.

“sayang,awak jaga diri awak baik – baik tau. Ingat,awak tengah pregnant. Jangan buat kerja berat sangat. Saya risau. Saya kerja jauh ni. Kalau jadi apa – apa,i can’t be with you on time.”
“saya tahu. Saya jaga diri saya elok –elok. Awak jangan risau. Lagipun,ibu kan ada. Awak cepatlah balik rumah. Saya dah mula rindu awak.”
“awak ni buat saya serba salah lah. Saya baru sampai sini 2 hari. Belum seminggu. okay, saya siapkan kerja saya kat sini cepat. Boleh lah saya jumpa awak cepat.”
Gelak tawa Midus buat hatiku kembali tenang. Hanya dia yang mampu membuatkan hati ku terubat tika sedih. Ketika bersamanya,diri ini seperti dilindungi. Alangkah seronoknya dunia apabila dia hadir di sisi ku. Tapi sejak kepulangan dia dari Jepun, dia sering sakit kepala. Kadang – kala,dia sering kelihatan pucat. Apabila aku bertanya tentangnya,dia hanya katakana dia okay. Sayang,tolonglah. Terus – terang dengan saya. Saya risau dengan keadaan sayang.

“awak pergilah jumpa doktor. Saya risaulah tengok awak macam ini. Awak cakap awak okay. Tapi awak selalu sakit kepala. Kenapa ni sayang?”
“saya tak ada apa – apa. Cuma banyak kerja yang perlu saya selesaikan. Awak janganlah risau. Saya okay. Cuma sakit kepala. Perkara biasa.”
“bagi awak memang lah biasa. Tapi saya ni,risau tau tak.”
“okay. Esok saya pergi jumpa doktor. Saya pergi dengan Mat. Dah lah. Jangan risau lagi.”

Mat, kawan baik Midus. Selain itu, Mat juga pemandu kami. Dia memang baik dengan kami. Walaupun dia tidak berpelajaran, dia rajin. Mat sering menjadi teman berbual Midus. Midus tak pernah menganggap Mat sebagai pemandu kami. Begitu juga pekerja yang bekerja di bawah Midus. Midus menganggap mereka seperti kawan. Kehilangan Midus seolah perginya seorang sahabat yang amat bernilai bagi mereka.
Di saat kelahiran Fitza, Midus dimasukkan ke hospital kerana tiba – tiba pengsan di tapak projek. Menurut Mat, Midus berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Perkara membuatkan aku bertambah risau dengan keadaan Midus. Selang 2 hari, alhamdulillah, Fitza selamat dilahirkan. Tapi, Midus tiada di sisi ku saat kelahiran Fitza. Dalam kegembiraan dengan kelahiran Fitza, hadir perasaan sedih secara tiba – tiba. Pada mulanya aku tidak menghiraukan perasaan itu. Tetapi apabila mendengar tangisan Fitza, perasaan ini mula berkecamuk. Pintu bilik ku diketuk. Ibu masuk dalam keadaan yang sedih. Ada sesuatu yang berlaku. Ibu menghampiri aku.

“Fitri, ibu harap kamu tabah. Ibu baru balik dari bilik Midus. Midus dah tak ada dengan kita.”

Hati ini bagaikan hancur apabila mendengar berita itu. Air mata ku mula mencurah membasahi pipi ini. Aku hanya mampu memeluk ibu sambil air mata ini membasahi tudung ibu. Ibu menenangkan ku. Tapi perasaan ini terlalu sedih untuk tenang. Aku ingin meraikan kelahiran Fitza bersama Midus. Tapi sebaliknya. Aku bersedih atas pemergian Midus.
Pagi itu sungguh redup seakan – akan menyambut pemergian Midus. Aku yang masih dalam pantang, menaiki kerusi roda pergi melawat Midus. Aku meletakkan Fitza di sisi Midus. Fitza hanya mendiamkan diri. Midus seolah ada di situ. Kelihatan Midus seperti tersenyum dengan kehadiran aku dan Fitza. Hati ini mula sebak. Air mata ku tidak dapat aku tahan lagi. Akhirnya, berguguran jatuh lagi. Fitza hanya mampu mengomel seperti sedang bercakap dengan ayahnya. Ibu cuba menenangkan aku kembali tapi air mata ini tetap mengalir di pipiku. Kehadiran atendan hospiral untuk memandikan Midus membuatkan aku makin bertambah pilu. Ibu mengambil Fitza dari sisi Midus lalu menolak aku pergi. Aku tidak mampu berbuat apa – apa. Hanya melihat Midus pergi jauh dari pandangan ku.


Setelah selesai baca Yassin di pusara Midus bersama Fitza, Mat menyerahkan sepucuk surat yang membuatkan aku tertanya – tanya. Apabila aku bertanya kepada Mat, dia hanya mendiamkan diri sahaja.

“puan baca lah surat itu. Saya cuma menyampaikan amanat Tuan Midus. Dia pesan pada saya untuk serahkan surat ini kepada Puan setelah umur Fitza 5 tahun.”

“Kepada isteri ku yang ku sayangi. Diharap sayang sihat sentiasa. Apabila awak terima surat ini bermakna umur anak kita menjangkau 5 tahun. Dalam erti kata lain, saya dah meninggalkan awak selama 5 tahun. Saya minta maaf kerana tak dapat tunaikan janji saya untuk hidup bersama dengan awak dan anak kita hingga dia berjaya. Awak, sebenarnya saya banyak berahsia dengan awak. Saya menghidap barah otak ketika sebelum kita berkenalan lagi. Saya minta maaf sebab rahsiakan benda ni dari awak. Sebenarnya masa saya pergi ke Jepun, saya ada appointment dengan doktor peribadi saya. Doktor sahkan saya barah saya dah sampai tahap kritikal. Saya tak mampu nak bagitahu awak. Saya taknak awak sentiasa risau pasal saya. Saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan awak sepanjang saya hidup dengan awak. Halalkan makan minum saya. Jaga dan didiklah anak kita untuk jadi anak yang soleh dan solehah. Redhakan saya pergi. Sampai di sini saja untuk isteri ku,Fitri.

Ikhlas dai suamimu,
Midus… “

Air mata mula berguguran jatuh. Fitza hanya mendiamkan dirinya. Midus sayangku manja. Dingin pagi ini mengusik perasaan Fitri. Midus, suami kesayanganku kini bersemadi tenang di sisiNya. Air mawar Fitri jirus untukmu sayang. Bulan pernah jadi saksi cinta kita sayang. Hai bulan, bawalah pesan dan rinduku ini kepada Tuhan. Lindungilah Midus. Moga dia sentiasa riang ketawa di bawah Arasy-Nya yang Maha Agung.
AMIN……AL-FATIHAH…

0 comments:

Followers

Copyright 2010 Buai Laju-Laju...
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger