1 - Sinaran kosmik daripada bintang-bintang yang berlanggar boleh menghasilkan bahan berbahaya kepada muka bumi. Saintis mendakwa sinaran itu yang juga dikenali sebagai radiasi boleh menyebabkan hidupan pupus dan menghasilkan spesis baru melalui proses mutasi (perubahan genetik).

2 - Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

3 - Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

4 - Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

5 - Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

6 - Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

7 - Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

8 - Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

9 - Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

10 - Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

1 comments:

Anonymous said...

testin?

Followers

Copyright 2010 Buai Laju-Laju...
Lunax Free Premium Blogger™ template by Introblogger